SYARAT DAN PERATURAN


SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan ini hanya dibuka kepada mereka yang berstatus warganegara Malaysia sahaja.

2. Bagi penyertaan peserta berumur di bawah 18 tahun,peserta hendaklah mendapatkan kebenaran menyertai pertandingan ini melalui ibu bapa/penjaga mereka.

3. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan selepas pendaftaran atau menarik diri daripada penyertaan.

4. Peserta akan diberikan tanda pada checkpoint yang telah ditetapkan oleh urusetia dan perlu ditunjukkan digarisan penamat sebagai bukti menamatkan larian tanpa melakukan penipuan.

5. Borang penyertaan hendaklah diserahkan beserta dengan bayaran kepada BILIK SEKRETARIAT RAKAN MUDA UPSI,TINGKAT BAWAH,BANGUNAN BITARASISWA,UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,35900 TANJONG MALIM, PERAK sehingga tarikh tutup penyertaan iaitu 02 MEI 2012.

6. Setiap pembayaran hendaklah secara cash (tunai) bersama borang penyertaan. Jika dibayar melalui bank hendaklah disertakan bersama slip pembayaran.

7. Jika penyertaan tanpa bayaran maka penyertaan adalah TIDAK SAH.

8. Tarikh tutup penyertaan – 02 MEI 2012

9. Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD dan tiada bantahan diterima.

10. Sebarang kecederaan/kematian/kehilangan/kecurian/kecuaian yang berlaku terhadap peserta atau harta benda peserta tidak akan dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur sama ada sebelum/semasa/selepas berlansungnya pertandingan ini. Segalanya adalah hak dan tanggungjawab peserta

No comments:

Post a Comment